Tuesday, April 5, 2016

Kenapa Haza Min Fadhli Rabbi


KENAPA GUNA ISLAMIC STICKER ?

JAWAPAN:
Setiap kalimah dari Kalam Allah mempunyai keistemewaan tersendiri. Kalimah "HAZA MIN FADHLI RABBI" seharusnya dilafazkan apabila dikurniakan pelbagai nikmat daripada Allah s.w.t. samaada berbentuk...
-kekayaan -keindahan -kemewahan
-kesihatan -kesenangan -keseronokan
-ketenangan -keselamatan -kedamaian
-keriangan-keharmonian -kemakmuran
-dan segala jenis bentuk pemberian nikmat Allah ke atas diri kita sebagai tanda bersyukur.
Firman Allah: Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
-Surah Ad-Dhuha:11

Sebutkan kalimah "HAZA MIN FADHLI RABBI" setiap kali anda mengkaguminya agar anda diberi pahala oleh Allah kerana ia adalah KALAM ALLAH iaitu Al-Quran.

DAN Setiap kali orang terpandang dan terbaca sticker dikenderaan anda Insya Allah anda akan mendapat pahala kerana ia adalah Kalam Allah.
LAFAZKAN ALHAMDULILLAH.......
"Haza Min Fadhli Rabbi"

"...Ini adalah kurniaan daripada Tuhanku..."
-Surah An-Naml:40

JOM....!!! JANA PAHALA DENGAN ISLAMIC STICKER

JOM BELI ISLAMIC STICKER

https://www.facebook.com/IslamicStickerCar/

Murah Rezki 2016



1- Rajin beribadatAllah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman- Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2-Memperbanyak istighfarIstighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


3.Tinggalkan perbuatan dosaIstighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


4- Banyakkan menderma dan memberi.
Insya allah apa yang kita derma Allah ganti dengan yang lebih baik,
Amin. Semua rezki ada dalam kuasa Allah.