Thursday, December 10, 2009

Bio Aura BARU MURAHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!! RM 1200.00

BIO AURA BARU
HARGA RM 1200.00

BARANG ORIGINAL
ADA WARANTTY KAD

KALAU BERMINAT SMS/ CALL
019-2195941- KYSARA

012-2958651 - SUHANA

PENGHANTARAN PERCUMA DI PUTRAJAYA DAN KAWASAN SEKITARNYA......

ADA 2 UNIT SAHAJA LAGI.........

Thursday, November 26, 2009

CERMIN DINDING 6 TINGGI X 8 LEBAR RM 750

TINGGI 6 KAKI DAN LEBAR 8 KAKI (RM 750 HARGA TETAP) SEKALI DENGAN PEMASANGAN DAN PENGHANTARAN. KAMI BEROPERASI DI PUTRAJAYA, SERDANG DENGKIL, PUCHONG, BANGI, KAJANG.JIKA BERMINAT SILA CALL/ SMS EN IKRAM 012-2962194. SEPERTI DALAM GAMBAR. RUMAH KELIHATAN LUAS WALAUPUN SEMPIT :)
TQ

Wednesday, November 25, 2009

E-Kamus 5.02 Professional Edition RM85 termasuk penghantaran

JIKA BERMINAT CALL/ SMS 017-3098596.EN MUHAMMAD/ 012-2962194 EN IKRAM. ATAU KYSARA 019-2195941 / ATAU SUHANA 012-2958651 PENGHANTARAN PERCUMA DI SEKITAR PUTRAJAYA,KLIUC-UNITEM,UKM
e-Kamus banyak membantu kerja saya. Terutama e-kamus membenarkan kamus istilah dipasang bersama dengannya. Kerja saya yang melibatkan ilmu kejuruteraan menjadi mudah dan cepat dengan bantuan e-kamus yang mempunyai bukan sekadar mempunyai makna perkataan tetapi istilah yang betul untuk bidang-bidang tertentu. Semuanya hanya dengan klik mouse sahaja untuk mendapatkan makna sesebuah perkataan. Terima kasih e-kamus.

fuad

Mohd Fuad Bin Abdul Latip

Pensyarah Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam
http://www.fuadlatip.com

testi
e-kamus adalah pilihan yang paling tepat bagi saya, ia memudahkan saya memahami makna istilah dengan lebih jelas terutamanya biologi yang jarang terdapat dalam kamus-kamus biasa! Sungguh mudah! Dengan hanya ‘double click’, ia menjimatkan waktu pembelajaran. Bantuan uncle santa claus :) yang banyak membantu saya menyebut perkataan englishdengan tepat yang cukup banyak membantu untuk presentation. Kini lebih yakin to speak english..
asma

 

Nurul Asma Hasliza bt Zulkifly

Master Biotechnology, UTM

testi
-kamus banyak membantu saya memahami pelajaran dengan 
lebih berkesan dan efektif..dengan e-kamus saya tak perlu membawa buku kamus yang berat ke hulu hilir, dan bertungkus lumus membelek dan mencari makna satu-satu perkataan 
Dengan 1 click sahaja, saya mendapat makna perkataan. Dengan bantuan e-kamus juga, saya berjaya menyiapkan thesis untuk degree saya di UTM. Terima kasih e-kamus.
gambar

 

Hasmah Mustafar

Degree Chemical Engineering,
Graduan UTM

testi
erlalu mudah dan lebih cepat berbanding menggunakan buku-buku kamus. Iyelah, hanya mouse move atau double click, jawapan dah ada depan mata. Saya amat sarankan semua orang memilikinya..lagi-lagi pelajar atau sesiapa yang ingin menguasai bahasa..Sekarang siap ada kamus Bahasa Arab dan Mandarinlagi tu..yang biasa saya suka guna ialah Kamus Kejuruteraan
memudahkan saya memahami perkataan kejuruteraan.
gambar

 

Al-bazli

Diploma Kejuruteraan Mekatronik,
Politeknik SM, Terengganu

footer



Tuesday, November 3, 2009

Rumah orkid yang baru siap...

sejuk bila tengok orkid....lebih2 lagi bila balik keja...

Sunday, October 18, 2009

Pilihan yang banyak


Kepada sesiapa yang berminat tu boleh la email kepada saya atau hubungi no tel yang tertulis dalam blog ni.. kalau nak email guna email ni ok.
nia_samarinda@yahoo.com 

Penyiraman Orkid

Jika anda ragu ragu untuk menyiram, JANGAN SIRAM !

            Di atas adalah satu  petua yang popular  dan dijadikan panduan oleh penanam orkid. Ini kerana dibimbangi anda telah melakukan penyiraman yang  melampau terhadap koleksi orkid anda. Kesan buruk tabiat ini ialah  anda ‘menjemput’ penyakit  kepada kloeksi orkid anda.  Ini kerana orkid mampu menyimpan air  di dalam bebawangnya  seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air di persekitaran hidupnya. Walaupun begitu kadar penyiraman orkid bergantung kepada beberapa faktor seperti:

a. Cuaca semasa

Kadar kekerapan penyiraman di musim panas sudah tentunya lebih berbanding di musim hujan.

b. Media tanaman digunakan

Jika anda menggunakan media yang dapat menyimpan air lebih lama, maka kadar penyiraman hendaklah  kurang daripada media yang cepat kering.

Thursday, October 15, 2009

Panduan memilih Baja Orkid...

Penerangan unsur unsur di dalam baja bagi keperluan tanaman adalah kompleks. Penulis  cuba ringkaskan bahawa pemilihan baja bergantung kepada kehendak anda. Dipasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual  untuk pilihan pengguna.  Jika inginkan tumbesaran pokok anda perlukan baja yang mengandungi kadar nitrogen (N) yang lebih tinggi. Jika untuk pembungaan, anda perlukan baja yang kandungan fosforus(P) dan kalium(K) yang lebih tinggi.

Biasanya pada  label baja akan tertera semua kandungan ketiga-tiga unsur tersebut.

Contoh: Baja A : N P K  +TE  :  13 27 27   1%

Untuk Baja A tersebut, ia sesuai untuk pembungaan orkid anda kerana  mengandungi  unsur nitrogen 13 % dan unsur fosforus dan kalium sebanyak 27%. +TE di sini bermaksud  baja ini mempunyai  ‘trace element’ atau unsur surih  sebanyak 1%. Unsur surih bermaksud  nutrien tambahan yang diperlukan oleh tanaman tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Ia boleh diumpamakan seperti anda makan nasi dengan aneka lauk pauk. Nasi adalah keperluan  utama anda, lauk pauk ada keperluan sampingan sahaja.

Penulis menggunakan baja organik ‘B’GREEN  seaweed’  untuk  memberi pertumbuhan yang sihat dan ‘B’GREEN bloom & fruit’ untuk  membekal nutrien yang diperlukan untuk orkid berbunga.

B’GREEN seaweed   adalah baja organik campuran yang diperkaya dengan seaweed yang mana  ia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai baja kerana mengandungi  beberapa hormon semulajadi yang amat  diperlukan oleh tumbuhan, mengandungi 60 unsur surih(TE) dan mengandungi  elemen sebagai  anti  beberapa penyakit  bawaan kulat dan serangga penghisap cecair tumbuhan.

B’GREEN bloom & fruit  adalah campuran  baja bukan organik  N P K  +TE : 5 35 15 2% dengan satu bahan organik bertujuan  untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kadar penyerapan  nutrien oleh  tumbuhan.

Penjagaan Bunga orkid

 ‘ROOT GOOD, GROWTH GOOD, FLOWER GOOD’

Kata-kata di atas adalah satu lagi petua yang amat bagus untuk anda ingat di dalam penjagaan orkid. Setiap pokok baru di tanam atau pemindahan pasu , penulis akan memberi perhatian lebih di dalam usaha untuk memberi pertumbuhan akar baru dengan baik dan sihat.

3.1 Penyiraman

Jika anda ragu ragu untuk menyiram, JANGAN SIRAM !

Di atas adalah satu petua yang popular dan dijadikan panduan oleh penanam orkid. Ini kerana dibimbangi anda telah melakukan penyiraman yang melampau terhadap koleksi orkid anda. Kesan buruk tabiat ini ialah anda ‘menjemput’ penyakit kepada kloeksi orkid anda. Ini kerana orkid mampu menyimpan air di dalam bebawangnya seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air di persekitaran hidupnya. Walaupun begitu kadar penyiraman orkid bergantung kepada beberapa faktor seperti:

a. Cuaca semasa

Kadar kekerapan penyiraman di musim panas sudah tentunya lebih berbanding di musim hujan.

b. Media tanaman digunakan

Jika anda menggunakan media yang dapat menyimpan air lebih lama, maka kadar penyiraman hendaklah kurang daripada media yang cepat kering.

c. Iklim mikro

Bermaksud adalah iklim kawasan penanaman anda. Ini kerana iklim mikro adalah berbeza beza di antara anda dengan penanam orkid yang lain.

Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik baiknya pada waktu pagi atau petang. Penyiraman di waktu tengahari akan menyebabkan air yang bertakung di celah daun akan menyebabkan penyakit reput pucuk dan daun melecur dek proses pemanasan air oleh matahari.

Teknik penyiraman boleh digunakan secara manual atau memasang satu sistem penyiraman automatik yang mudah seperti penulis gunakan

3.2 Pengudaraan

Orkid memerlukan pengudaraan yang baik supaya tidak mudah di serang penyakit terutamanya penyakit yang disebabkan bawaan kulat. Pengudaraan yang baik boleh diberi dengan susun atur orkid yang tidak terlalu padat atau membekal pengudaraan buatan seperti memasang kipas. Penulis hanya menggunakan teknik susun atur orkid sahaja bagi menjimatkan kos selengaraan.

3.3 Pembajaan

Pembajaan adala sesuatu yang mesti diberi kepada tanaman termasuk orkid untuk mendapatkan kualiti hidup orkid yang lebih baik. Bagaiman teknik membaja orkid?

‘WEAKLY, WEEKLY‘

Di atas adalah satu lagi petua yang bagus di jadikan panduan untuk anda membaja orkid. Ia membawa maksud anda menggunakan sukatan kepekatan baja yang rendah untuk setiap minggu semburan. Orkid hanya menyerap nutrien yang diperlukan sahaja pada sesuatu ketika. Jangan menggunakan kepekatan tinggi dan disembur sebulan sekali. Ini adalah teknik yang salah dan merugikan anda.